Wednesday, January 23, 2013

Berhati-hati dengan Kerbau dan Sapi/Lembu di Sepanjang Jalan Tambunan

Di Tambunan, tidak dapat dinafikan bahawa Kerbau dan Sapi atau Lembu masih lagi berkeliaran terutamanya di di beberapa kawasan jalan samada jalan dari Kota Kinabalu menuju Tambunan , di kawasan selepas Kg Sunsuron  ataupun dari Keningau menuju Tambunan terutamanya kawasan selepas Kg Pupuluton Tambunan. 
 Bagi pelancong asing, mereka kagum melihat kerbau dan lembu yang dikira jinak namun bagi penduduk Tambunan terutamanya yang selalu mengunakan jalan tersebut, ianya mempunyai implikasi dari segi keselamatan. Jalan-jalan di Tambunan kebanyakannya gelap dan kadang-kala ada pemandu tidak sedar bahawa terdapat kerbau berkeliaran di tepi jalan raya dan mungkin akan mengakibatkan kemalangan. 
Oleh itu, berhati-hatilah di jalan raya dan sekiranya memandu ketika malam, sila perlahankan kenderaan anda dan sentiasa berwaspada sepanjang masa. 

Pandu Cermat, Jiwa Selamat!

Photo dari Pibabasan Do Lumpnaskitar Tambunan (Facebook)