Tuesday, February 12, 2008

Kadazan Dusun Artist...

Saya adalah salah serang daripada peminat dan penyokong industri muzik sabah terutamanya lagu kadazan dusun.. Oleh itu, Saya amat meminati hampir semua lagu-lagu artis kadus.. Dan setiap alum baru bagi artis yang saya minati mesti saya akan dapatkan segera..Seperti industri muzik lain, Industri Muzik Kadus juga mempunyai beberapa kelemahan dan juga kelebihan..

Antara kelebihan Industri ini adalah, kebanyakan lagu adalah hasil nukilan daripada artis itu sendiri..Sebagai contoh , Ateng, Lagu-lagunya adalah hasil daripada nukilannya sendiri..Demikian juga artis yang lain seperti Jesti Aloysius, Ben, Danny, Betsy, Ivy dan banyak lagi...Selain itu juga, Kos pembuatan bagi album ini adalah rendah. Keadaan ini disebabkan Kos-kos lain seperti penulis lirik, komposer, dan penulis skrip dapat diback up..Kebanyakan artis ini boleh lah dikatakan sebagai Self Managment...Kebanyakan lagu-lagu yang dicipta dan diterbitkan adalah lagu yang memang setaraf dengan industri lain,..dan ada diantara artis kadus ini jauh lebih baik daripada artis terkenal yang lain..

Namun demikian terdapat beberapa kelemahan dalam industri ini yang kita boleh lihat dengan jelas. Antaranya , kebanyakan artis-artis kadus pada masa kini adalah under self managment. Terdapat beberapa andaian orang awam yang menyatakan bahawa, "jika ada duit, adalah album, kalau teda duit, dan sponsor, maka teda lah album"..Keadaan ini telah menyebabkan ada diantara album kadus ini yang kurang berkualiti..Artis-artis yang berbakat bagaimana?. Adakah mereka harus dipinggirkan?pada pandangan saya sendiri, mereka ne kalau diketengahkan, mungkin mempunyai potensi untuk memperkembangkan industri muzik kadus bukan sahaja di sabah malah di peringkat yang lebih tinggi.

Mengapa muzik indon, philipines dan muzik latin berupaya menjadi terkenal?Mengapa muzik kita sendiri tidak? Tapi muzik kita memang mempunyai potensi jika diperkenalkan.. Terdapat satu lagu berentak muzik kadus yang telah menjadi terkenal di Malaysia sekarang..Lagu oleh Kimin Mudin..Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu...Syabas dan tahniah..

Baru-baru ini, terdapat persoalan tentang kewujudan Muzik dari seberang iaitu muzik poco-poco...lagu ini menjadi popular dalam masa yang singkat, sedangkan penyanyinya bukan top singer pun..Keadaan ini menyebabkan persoalan timbul...Adakah muzik kadus berupaya menjadi seperti tersebut? Cuba kita lihat pada mana2 perayaan, termasuk Pesta kita sendiri iaitu Pesta kaamatan..muzik poco2 tetap dimainkan...

Harapan ku sebagai seorang masyarakat kadus, agar muzik kita terus diperjuangkan agar lebih dikenali. Bagi mengelakkan muzik kita pupus, sebagai seorang yang berdarah kadus, kita harus menyokong industri kita sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi kan...

Yang penting, beli lah yang original ..No Pirate..

Thanks,
Bossing

No comments: