Monday, June 23, 2008

Kawasan2 Menarik Tambunan


AIR TERJUN MAHUA

Air Terjun Mahua terletak di Kampung Patau kira-kira 12km dari Pekan Tambunan. 7km dari kampung Patau untuk sampai ke Pusat Informasi Pelancongan, pintu masuk ke Air Terjun Mahua.
Lokasi:-
Kampung Katagaian, Patau Tambunan
Daya Tarikan:-
Keaslian/Keunikan alam sekitar
Ketinggian air terjun lebih kurang 50 kaki
Tempahan dibuat melalui Majlis Daerah Tambunan

GUNUNG TRUSMADI

Anda boleh membuat pilihan destinasi di Tambunan dan kalau anda memilih untuk bergerak ke arah kampung Kaingaran, anda akan sampai di kaki Gunung Trus Madi setelah menempuh perjalanan sejauh 25km.Di tempat ini, anda akan merasa bertuah kerana sedang menjejakkan kaki Gunung Trus Madi gunung yang kedua tertinggi di Sabah selepas Gunung Kinabalu. Anda boleh meneruskan pengembaran sehingga ke puncak Trus Madi untuk menawan puncaknya pada ketinggian 8,690 kaki.
Lokasi:-
Hutan Simpanan Trusmadi Tambunan
Daya Tarikan:-
Keunikan Biodiversiti
Keadaan suhu yang sejuk
Merupakan gunung kedua tertinggi di Sabah/malaysia

BATU GONG

Lokasi:-
Kg. Solibog
Daya Tarikan:-
Seketul batu sebesar besen yang boleh menghasilkan satu set bunyi gong Kadazandusun apabila diketuk.

BATU BAJAU

Peranan batu bata dalam kehidupan manusia zaman silam telah banyak di lupakan ,malah kebanyakan generasi sekarang tidak lagi memahami sejarah dan fungsinya.Dalam keluaran kali ini beberapa buah batu yang masing masing mempunyai cerita ,sejarah dan peranan tersendirinya dimuatkan sebagai tetapan bersama.

BUNGA RAFFLESIA

Lokasi:-
Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan
Daya Tarikan:-
Bunga Rafflesia
Air Terjun

TUGU PERINGATAN MAT SALLEH

Lokasi:-
Kg. Tibabar Tambunan
Daya Tarikan:-
Memerihalkan sejarah Mat Salleh Pahlawan Sabah

PUSAT INFORMASI RAFFLESIA

Sejauh kira-kira 80km perjalanan dari Bandaraya Kota Kinabalu, anda akan sampai di Pekan Tambunan, Pekan yang masih menampakkan persekitaran tradisional penduduknya, kadazandusun.Sebaik melepasi beberapa restoran dan motel seperti Gunung Emas, Puncak Damai dan Gunung Alab, anda akan sampai di Pusat Informasi Raffesia, pusat maklumat uang khusus membuka layanan kepada para pengunjung sepanjang masa-masa pejabat. Pusat Maklumat ini berada di sebuah kawasan Hutan Simpan Rafflesia yang turut memiliki pelbagai tumbuh-tumbuhan dara, bahan-bahan semulajadi yang sering dirujuk para pengunjung terutamanya di kalangan penyelidik.

No comments: