Wednesday, November 25, 2009

Barait - Traditional Bag

Barait, bolehlah juga dikatakan sebagai Beg Tradisional untuk kaum KadazanDusun & Murut kan. Barait mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk mengangkat barang-barang. Barait bolehlah juga dikatakan sebagai Beg Serbaguna untuk Kaum KadazanDusun & Murut suatu ketika dulu.

Barait diperbuat daripada kulit rotan khas yang tumbuh berhampiran dengan anak sungai. Rotan tersebut dihiris-hiris dalam saiz yang dikehendaki sebelum dianyam. Saiz Barait ditentukan mengikut kepanjangan rotan yang dihiris, dan jumlah rotan yang dihiris. Proses pembuatan Barait mengambil masa lebih kurang 3 hari hingga seminggu. Proses pembuatannya bukan lah mudah dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mempunyai kemahiran.

Terdapat beberapa kegunaan Barait. Antaranya adalah:
1. Untuk mengangkat hasil tanaman seperti halia, jagung, Gorouk, Tawadak dan sebagainya
2. Untuk mengangkat hasil buruan seperti Bakas, Kijang, Tomuning, Bulukun dan sebagainya.. wahhhh...
3. Paling penting, untuk membawa KOKORUI and Water atau Lihing mau p Kebun..
4. Dan banyak lagi la.. haha

p/s: sapa2 nda paham tu certain perkataan.. tanya saja sia..!

Belum pernah lagi sia nampak student bawa barait p sekolah.. moga2 Barait dikormesialkan sebagai Beg Sekolah.. haha

5 comments:

Unknown said...

wow pertamaaaa xxx nih, saya suka tas ini, thanks

Bossing said...

anda suka? huhu.. lawa kan

Unknown said...

hahaha....bikin taru bossing lagi nosulung sungul om kasip kio...hahaha

Unknown said...

hahaha....bikin taru bosing lgi nokosulung kasip om sungul kio...hehehe...anyway it funny and intresting..i lurve it..

Unknown said...

hahaha....bikin taru bossing lagi nosulung sungul om kasip kio...hahaha