Wednesday, July 3, 2013

Musim Menanam Padi Tiba Lagi..

Musim Menanam Tiba Lagi! 

Tambunan merupakan antara daerah pertanian di mana kebanyakannya masih lagi mengamalkan aktiviti bercucuk tanam. 

Majoriti penduduk di Tambunan mempunyai sawah padi dan mereka masih lagi menanam padi. Apa yang menariknya adalah kebanyakannya masih lagi mengamalkan cara pertanian tradisional walaupun terdapat beberapa proses yang mungkin telah dimodenkan seperti membajak sawah padi iaitu mengunakan mesin yang dulunya hanya mengunakkan kerbau. 

Walaupun Pesta Menuai baru sahaja berlalu iaitu pada 31 Mei 2013 (acara tahunan) , namun demikian sebenarnya di Tambunan, musim menuai adalah pada bulan Disember hingga Januari. Di dalam kesibukan perayaan Pesta Kaamatan di KDCA, di Tambunan, aktiviti membersihkan sawah padi sedang giat di lakukan kerana proses penanaman padi bermula dari bulan June dan Julai . 

Di Tambunan  pada masa ini, mereka sedang giat menanam padi dan antara perkara yang paling menyeronokkan adalah aktiviti 'Mitatabang' atau bergotong royong untuk menanam. Sekiranya anda melalui Tambunan pada masa sekarang, tidak hairanlah jika kawasan sawah kiri dan kanan terdapat banyak orang di sawah padi terutamanya di waktu pagi dan petang. Bagi yang ingin melihat cara penanaman padi di Tambunan, mungkin bolehlah anda melawat Tambunan pada masa sekarang. 

Untuk makluman bahawa Tambunan merupakan salah sebuah kawasan yang sangat sesuai untuk lokasi Photography. Kepada yang meminati Photography, silalah melawat Tambunan dan mengambil sedikit gambar. Disyorkan agar melawat sekitar bulan Jun hingga Disember iaitu ketika proses menanam padi bermula, proses
pembesaran padi di mana sawah-sawah padi akan menghijau, ketika padi sedang berbuah dan menguning dan seterusnya ketika proses menuai. Saya percaya suatu kepuasan akan dapat dicapai kerana terdapat perbagai aksi menarik yang boleh dirakam.

-Pihak Kami Ingin Mengalu-alu-alukan Kedatangan Anda ke Tambunan, dan untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Tambunan, silalah berhunung dengan pihak kami dengan meninggalkan komen di ruangan komen. Terima Kasih- 

-Admin-