Saturday, February 23, 2008

Tahu ka kamu bahawa...

Tahukah anda bahwa jika anda berteriak terus
menerus selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari,
energi yang anda keluarkan akan cukup untuk
memanaskan secangkir kopi.
(Ngapain? Nggak sebanding sama hasilnya.)

Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun
9 bulan, anda akan menghasilkan gas yang cukup
untuk menciptakan energi yang diperlukan dalam
membuat bom atom. (Nah, kalo ini mendingan lah,
lebih sebanding.)

Durasi orgasme seekor babi dapat mencapai 30
menit lamanya. (Wuih. Kalo ada reinkarnasi, in my
next life,I want to be a pig. Cuma gue bingung kok
bisa-bisanya tau soal ini ya?)

Membenturkan kepala ke tembok menghabiskan
150 kalori setiap jamnya. (Hmm..Gue masih
kepikiran soal babi tadi...)

Dari banyak spesies, hanya manusia dan lumba-
lumba yang bisa melakukan seks sebagai sebuah
kesenangan. (Oh jadi itu sebabnya Flipper sang
lumba-lumba selalu tersenyum! Dan babi bisa
orgasme 30 menit? Nggak adil, nggak adil!!)

Semua beruang kutub kidal.
(Emang siapa peduli? Lagian darimana bisa tau?)

Seekor kecoa mampu bertahan hidup selama 9
hari tanpa kepala, sebelum mati karena kelaparan.
(Hii syeerem..)

Seekor kutu mampu melompat sejauh 350 kali
panjang badannya. Kira- kira sama dengan
seorang manusia melompat sejauh lapangan
sepak bola.
(30 menit bo...kebayang nggak sih?.... dan kenapa
musti babi?)

Belalang sembah jantan tidak bisa membuahi
betinanya selama kepalanya masih menempel
pada tubuhnya. Sang betina harus memulai ritual
seks dengan memenggal kepala sang jantan.
(Mudah-mudahan nggak ada yang memberi tahu
mereka soal babi tadi.)

Beberapa jenis singa mampu kawin sebanyak 50
kali dalam sehari.
(Boleh juga, tapi in my next life, I still want to be a
pig: quality over quantity bo..)

Alat perasa pada kupu-kupu adalah kakinya. (Hii...)

Bintang laut tidak mempunyai otak. (Ah, nggak
cuma bintang laut. Manusia juga ada.)

Wednesday, February 13, 2008

Movie kadazan Dusun

Seni bangsa kita semakin hari semakin berkembang. Kita harus berbangga dengan perkembangannya.. Selepas daripda muzik, movie pula kian berkembang..Dan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada setiap penerbit movie kadazan dusun sebab mempunyai inisiatif untuk memperkembangkan industri hiburan kita..

Terdapat beberapa movie kadazan dusun yang telah saya tonton, komenya, memang masih banyak kelemahan tapi sekurang-kurangnya idea tersebut ada...mungkin suatu hari nanti, ia akan menjadi lebih perfect kan..
1. Collection of Bili-Bili Do yang diterbitkan oleh Bamboo Studio Tambunan...Memang syok lah, lawak gilers...
2. Pontianak, Pengait, yang dibintangi oleh Sabah Idol
3. Movie Tadau ko-7(Monumpoli) Dilakonkan oleh pelakon2 yang melalui ujibakat- Keningau production ka kalau saya nda silap tu
4. Movie-movie abu bakar ellah
5. Dan banyak lagi...

Kebanyakannya movie tersebut mempunyai kelemahan namun sekurang-kurangnya mereka berjaya mempelajari sesuatu yang baru terutamanya untuk hiburan khalayaknya..

Bahasa kadazan Dusun antara 100 bahasa dan bangsa yang mau pupus suda..

Tahu kah kamu, Bahasa Kita adalah antara bahasa yang mau pupus suda sekarang. Menurut kajian yang saya pernah dengar..Kadazan Dusun merupakan bahasa yang mau pupus suda dan berada antara 100 bahasa yang mau pupus..

Bagi pendapat saya kan...memang amat merisaukan ..Sebab takan kita mau bahasa kita pupus kan...Malu lah kita kalau pupus bahasa kita...Dari pengamatan saya sendiri, memang bangsa kita mau pupus suda bah..sebab rasanya kurang suda yang tahu berbahasa kadazandusun.

Saya sendiri adalah antara golongan yang tidak tahu untuk berbahasa kadazan dusun pada mulanya.. Sebabnya, saya dari kecil lagi dididik dengan bahasa melayu.. My mum and dad marah kalau saya belajar bahasa kadazan dusun...alasannya, nanti tidak pandai membaca...Namun saya tidak putus asa untuk belajar.. Apabila saya sekolah menengah, saya tinggal di asrama so banyak lah budak2 yang pandai cakap dusun disana...so saya pun berusaha untuk belajar kadazan dusun daripada mereka..

Syukur kepada tuhan sebab sampai sekarang, saya fasih berbahasa kadazan dusun, Thanks my friend.So, saya telah menyahut cabaran untuk mempertahankan bahasa kita..Anda bila lagi???

Tapi, walaupun saya belajar bahasa kadazan dusun, tetapi saya tidak berani untuk ber komunikasi bahasa kadazan dusun dengan my parents lah, sebabnya, saya punya bahasa ne adunan daripada pelbagai dialek kadazan dusun...so ada lain sikit lah kalau mendengarnya...saya hanya bertutur bahasa kadazan dusun dengan orang lain selain daripada parents saya ...ha..ha..

Tuesday, February 12, 2008

Kadazan Dusun Artist...

Saya adalah salah serang daripada peminat dan penyokong industri muzik sabah terutamanya lagu kadazan dusun.. Oleh itu, Saya amat meminati hampir semua lagu-lagu artis kadus.. Dan setiap alum baru bagi artis yang saya minati mesti saya akan dapatkan segera..Seperti industri muzik lain, Industri Muzik Kadus juga mempunyai beberapa kelemahan dan juga kelebihan..

Antara kelebihan Industri ini adalah, kebanyakan lagu adalah hasil nukilan daripada artis itu sendiri..Sebagai contoh , Ateng, Lagu-lagunya adalah hasil daripada nukilannya sendiri..Demikian juga artis yang lain seperti Jesti Aloysius, Ben, Danny, Betsy, Ivy dan banyak lagi...Selain itu juga, Kos pembuatan bagi album ini adalah rendah. Keadaan ini disebabkan Kos-kos lain seperti penulis lirik, komposer, dan penulis skrip dapat diback up..Kebanyakan artis ini boleh lah dikatakan sebagai Self Managment...Kebanyakan lagu-lagu yang dicipta dan diterbitkan adalah lagu yang memang setaraf dengan industri lain,..dan ada diantara artis kadus ini jauh lebih baik daripada artis terkenal yang lain..

Namun demikian terdapat beberapa kelemahan dalam industri ini yang kita boleh lihat dengan jelas. Antaranya , kebanyakan artis-artis kadus pada masa kini adalah under self managment. Terdapat beberapa andaian orang awam yang menyatakan bahawa, "jika ada duit, adalah album, kalau teda duit, dan sponsor, maka teda lah album"..Keadaan ini telah menyebabkan ada diantara album kadus ini yang kurang berkualiti..Artis-artis yang berbakat bagaimana?. Adakah mereka harus dipinggirkan?pada pandangan saya sendiri, mereka ne kalau diketengahkan, mungkin mempunyai potensi untuk memperkembangkan industri muzik kadus bukan sahaja di sabah malah di peringkat yang lebih tinggi.

Mengapa muzik indon, philipines dan muzik latin berupaya menjadi terkenal?Mengapa muzik kita sendiri tidak? Tapi muzik kita memang mempunyai potensi jika diperkenalkan.. Terdapat satu lagu berentak muzik kadus yang telah menjadi terkenal di Malaysia sekarang..Lagu oleh Kimin Mudin..Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu...Syabas dan tahniah..

Baru-baru ini, terdapat persoalan tentang kewujudan Muzik dari seberang iaitu muzik poco-poco...lagu ini menjadi popular dalam masa yang singkat, sedangkan penyanyinya bukan top singer pun..Keadaan ini menyebabkan persoalan timbul...Adakah muzik kadus berupaya menjadi seperti tersebut? Cuba kita lihat pada mana2 perayaan, termasuk Pesta kita sendiri iaitu Pesta kaamatan..muzik poco2 tetap dimainkan...

Harapan ku sebagai seorang masyarakat kadus, agar muzik kita terus diperjuangkan agar lebih dikenali. Bagi mengelakkan muzik kita pupus, sebagai seorang yang berdarah kadus, kita harus menyokong industri kita sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi kan...

Yang penting, beli lah yang original ..No Pirate..

Thanks,
Bossing