Wednesday, November 18, 2009

Watu Minoru - KadazanDusun Telemovie

Watu Minoru : Babang Pibabasan The Making Of...






Di sekitar penggambaran telemovie Watu Minoru : Babang Pibabasan.

Sinopsis:

Telemovie ini berlatarkan kisah di zaman lampau ketika tanah Borneo belum dijajahi oleh kuasa luar. Ia berkisarkan kisah sebenar iaitu pada suatu masa dahulu, orang-orang Dusun saling tidak bertolak-ansur sesama sendiri dan berpecah-belah kepada puak-puak. Mereka tidak akan bergaul dengan puak-puak lain walaupun sebangsa kerana masing-masing ingin menjaga kawasan yang mereka duduki. Tidak kurang juga niat merampas kawasan puak lain. Setiap kali ada pertembungan, akan berlaku perang yang meragut nyawa malahan kepala juga dipenggal. Apabila cinta berputik di antara dua insan yang datang dari puak yang berlainan, ia menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak dan mencetuskan pertelingkahan yang tidak boleh dielak lagi memandangkan ia merupakan pantang terbesar setiap puak. Sampai bilakah persengketaan ini berterusan? Bagaimanakah kesudahan cinta terlarang itu? Sampai bilakah berperang sesama bangsa?

No comments: